Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 4 Februari 2013

Azmil Mustapha tolak bidang politik, kembali dalam industri seni

Azmil Mustapha dan keluarga

KUALA LUMPUR- Nama Azmil Mustapha atau Ustaz Azmil mungkin ramai yang kurang mengenalinya berbanding Ali Setan yang sehingga kini masih segar di kebanyakan fikiran ramai. 

Bergandingan bersama Fauziah Ahmad Daud sebagai Asmidar, filem Ali Setan itu berjaya melonjakkan nama Azmil sebagai pelakon filem terkenal tanah air.

Menerusi lakonannya itu juga, Azmil berjaya meraih gelaran Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Festival Filem Malaysia (FFM) pada tahun 1996 dan namanya juga pernah tercalon dalam kategori sama dalam filem Mekanik pada tahun 1983.

Seiring kegemilangannya, Azmil turut membintangi 20 filem antaranya, Iman Alone (1998) dan 50/50 (1991).

Langit tak sentiasa cerah, karier seninya mula merosot sementelah berdepan dengan kegawatan ekonomi pada 1997. Di saat itu, Azmil mengakui kurang mendapat tawaran lakonan dan turut berdepan dengan kesempitan hidup.

Dalam kegelapan, Azmil bersyukur kerana akhirnya Ali Setan ini mendapat hidayah ALLAH SWT dan perubahannya mengejutkan ramai peminatnya. 

"Saya berubah setelah mendapat hidayah dari ALLAH SWT dan sudah sampai masa untuk saya hidup di jalan benar," katanya.

Jika ada segelintir artis yang menyertai politik selepas berhijrah, namun berbeza dengan Azmil.

"Saya tidak berminat untuk terlibat dengan mana-mana politik.

"Saya lebih suka berceramah dengan bebas tanpa terikat dengan mana-mana pihak," katanya yang banyak terlibat dengan program keagamaan sebelum berhijrah ke Syria untuk memulakan kehidupan baru.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular