Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 27 Februari 2013

Usah makan tiga produk ubat tradisi dan herba


SINGAPURA - PENGUASA Sains Kesihatan (HSA) mengeluarkan amaran berhubung tiga produk kesihatan dari luar negeri selepas beberapa orang jatuh sakit selepas memakannya.

Tiga produk itu adalah Ginseng Baji Gu Ci Wan, Tu Chong Ginseng Wan Le Seang dan X-Tract Nature.

Menurut HSA, produk-produk itu mengandungi bahan perubatan belum disahkan.

Tiga produk itu, yang dijual sebagai ubat tradisi dan herba, didakwa dapat mengurangi sakit pening dan gout.

Menurut HSA, ujian yang dijalankan mengesahkan bahawa ia mengandungi bahan perangsang tidak diisytihar.

Kandungan bahan steroid, iaitu dexamethasone dan prednisone, di dalamnya membimbangkan kerana ia boleh mengakibatkan kesan buruk seperti glukos bertambah yang boleh menyebabkan kencing manis, tekanan darah tinggi, dan kesan pada mata, otot dan tulang.

Jika dihentikan secara tiba-tiba setelah kerap memakannya, ia boleh mengakibatkan kesan lain seperti lemah, tidak bermaya dan sembelit.

Orang ramai yang sudah membeli produk itu dinasihatkan supaya tidak memakannya. Mereka yang telah mengambilnya digesa supaya segera berjumpa doktor.

Timbalan Pengarah Kumpulan HSA, Profesor Madya Chan Cheng Leng, berkata kesan pengambilan ubat seperti itu adalah serius.

Pengguna dinasihat tidak memakannya bagi mendapatkan rawatan segera.

Oleh kerana sukar mendapat maklumat, pengguna tidak harus membelinya.

Orang ramai yang melihat produk itu digalak menghubungi HSA di talia 6866-3485 atau e-mel hsa_is@hsa.gov.sg.(CA)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular