Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 11 Februari 2013

Fadhli Shas pinang anak Naib Presiden FAM






KOTA BHARU - Bermula dengan memenuhi permintaan seorang peminat untuk bergambar bersama dua tahun lalu, pemain pertahanan kebangsaan, Mohamad Fadhli Mohd Shas, 22, akhirnya bertunang dengan peminatnya itu, Effa Liyana Afandi, 25 yang juga anak kepada Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Afandi Hamzah.

Majlis pertunangan itu dilangsungkan di kediaman Afandi di Kampung Pengkalan Nangka, Jalan Pengkalan Chepa dekat sini, hari ini.

Mohd Fadhli berkata, dia mengenali Effa yang mahu bergambar dengannya selepas tamat sebuah perlawanan ketika mewakili pasukan Harimau Muda A di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Pemain berusia 22 tahun berasal dari Johor Bahru itu mengakui selepas bergambar bersama masing-masing ingin mengenali satu sama lain.

"Selepas mengenali antara satu sama lain dan semakin rapat, kami memutuskan untuk bertunang kemungkinan selama setahun sebelum berumah tangga. Itu pun bergantung kepada jadual karier saya.


"Effa memahami kerjaya saya sebagai pemain bola sepak dan ia perkara penting untuk kami terus serasi," katanya ketika ditemui selepas majlis pertunangannya.

Pada majlis itu, Mohd Fadhli memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang hantaran oleh Effa. Turut hadir, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat bersama isterinya, Nur Eilunie Natasha Jaafar.

Sementara itu, Effa berkata, walaupun Mohamad Fadhli lebih muda, dia matang dan pandai menjaga hatinya.(metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular