Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 13 Februari 2013

Persaingan dua remaja jadi manusia tertinggi

AKMAL bergambar dengan Penolong Ketua Biro Kosmo! Negeri Sembilan, Rais Yeop Johari (kiri) di Seremban semalam manakala Azli bersama Penolong Ketua Biro Kosmo! Kelantan, Adham Shadan (kanan) di Gua Musang.

GUA MUSANG – Rekod manusia tertinggi di negara ini semakin tercabar apabila remaja dari Kampung Paloh di sini, Mohd. Azli Hisham Abdul Ghafar yakin dia kini lebih tinggi berbanding ukuran 2.05 meter yang dicatat pada November tahun lalu.

Ukuran ketinggiannya itu sudah melebihi rekod manusia tertinggi di Malaysia yang kini dipegang oleh Sheikh Akmal Sheikh Imam, 17, dari Seremban, Negeri Sembilan.

“Saya dapat rasakan tubuh semakin tinggi. Kali terakhir saya ukur pada tahun lalu ialah 2.05 meter sedangkan tahun sebelumnya ketinggian saya cuma 1.97 meter.

“Sekarang pun, saya rasa badan sudah semakin tinggi,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Media semalam melaporkan ketinggian Azli secara tidak rasmi sudah mengatasi rekod Akmal dengan ketinggian 2.04 meter yang diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) tahun lalu.

Anak ketujuh daripada lapan beradik itu kini bercuti dan akan kembali ke kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang pada Sabtu ini.

Azli yang mengikuti pengajian semester pertama Diploma Sains memberitahu, dia tidak risau dengan ketinggian yang luar biasa itu walaupun kerap menarik perhatian orang ramai.

“Saya tidak risau, orang lain yang selalunya risau,” katanya sambil tersenyum.

Dia juga tidak keberatan untuk dinilai oleh MBOR bagi tujuan pengiktirafan rekod.

“Seandainya MBOR mahu membuat ukuran ketinggian, saya sedia melakukannya. Kalau benarlah saya manusia tertinggi di Malaysia, saya bersyukur dan gembira,” katanya.

Di Seremban, Sheikh Akmal terkejut apabila ada individu lain mempunyai ketinggian yang boleh mencabar rekodnya.

“Saya sebenarnya tidak kisah jika rekod saya itu berjaya dipecahkan kerana bagi saya, apa yang berlaku adalah rezeki dan kurniaan Allah,” katanya yang kini menuntut dalam bidang masakan di Kolej East West di Seremban.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular