Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 13 Februari 2013

Calon PM Pakatan diumum 25 Feb?


SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) disebut-sebut akan mengumumkan nama calon perdana menterinya pada konvenysen nasional perikatan berusia lima tahun itu pada 25 Februari ini.

Difahamkan perkara itu telah diputuskan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden PR yang lalu.

Ddifahamkan kata muktamad berdasarkan perkembangan semasa akan diputuskan pada satu mesyuarat yang dijadual diadakan hari ini.

"Memang ada perbincangan bahawa agenda ini (calon perdana menteri) akan diumumkan bersama pengumuman manifesto Pakatan Rakyat.

"Tetapi, oleh kerana, lazimnya agenda konvensyen Pakatan Rakyat tumpu pada soal-soal dasar, seperti disaksikan sebelum ini, kami akan bincang semula perkara ini dan beberapa agenda lain," kata seorang pemimpin kanan kepada Sinar Harian Online.

Difahamkan perkara itu diputuskan atas andaian dan pertimbangan bahawa kemungkinan pembubaran Parlimen akan diumum minggu akhir bulan ini.

"Kita pun belum pasti dan tidak tahu bila Parlimen akan dibubar... jadi kita akan bentang manifesto terlebih dahulu... saya rasa ini lebih penting," kata beliau.

PR menganjurkan konvensyen nasional sebagai persiapan terakhir menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Pada dasarnya, mesyuarat PR dikatakan telah bersetuju untuk memberi laluan kepada Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi perdana menteri jika perikatan ini menawan Putrajaya.

"Ini keputusan setakat ini walaupun ada beberapa cadangan lain," katanya.

Kelmarin, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dipetik berkata, Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam PRU13.

"Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong Pas dan PKR kerana Anwar Ibrahim paling layak," katanya.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular