Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 16 Mac 2010

Buku Sejarah Utusan Melayu Bakal Diterbitkan




KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Utusan Melayu (Malaysia) Bhd akan menerbitkan sebuah buku yang akan menceritakan kisah perjalanan dan peristiwa-peristiwa penting yang dilalui syarikat akhbar itu sejak ia diwujudkan 72 tahun lepas.

Buku "Sejarah Utusan Melayu" karya mantan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga merupakan bekas Menteri Penerangan Malaysia itu dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

Objektif penerbitan buku itu ialah untuk mendokumentasikan pelbagai sejarah berkaitan Utusan terutama dalam memainkan peranan sebagai penyebar maklumat kepada rakyat yang seterus boleh dijadikan bahan rujukan pelbagai pihak.

Bercakap kepada dalam persidangan media sempena majlis menandatangani perjanjian penghasilan buku itu, Zainuddin berkata keyakinan dan kepercayaan Utusan terhadap dirinya untuk mengarang buku itu merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna pada dirinya.

"Idea untuk menulis buku berkaitan dengan sejarah Utusan sudah lama timbul, tapi baru sekarang direalisasikan, setelah ramai rakan-rakan mahukan supaya saya menulisnya, itu yang mendorong saya untuk menulis buku ini," katanya.

Katanya beliau yakin buku itu juga mampu menjadi rujukan terutama kepada para pelajar untuk mengenali tokoh-tokoh wartawan dan sasterawan tanahair yang lahir dari Utusan Malaysia seperti Tan Sri A. Samad Ismail, Tan Sri Melan Abdullah dan Datuk Usman Awang.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Tan Sri Hashim Makaruddin pula berkata pengalaman luas yang dimiliki Zainuddin akan memastikan buku itu menjadi sebuah karya bermutu tinggi dan penuh dengan nilai-nilai sejarahnya tersendiri.

"Berdasarkan pengalamannya di Utusan Malaysia dan sebagai menteri kabinet, saya percaya beliau akan dapat mencoretkan sejarah Utusan untuk dikongsi dengan generasi muda hari ini terutamanya warga Utusan Malaysia," katanya.

Turut hadir pada majlis hari Selasa ialah Pengerusi Media Prima Datuk Johan Jaaffar, tokoh sejarah Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dan bekas Ketua Pengarang Utusan, Tan Sri Mazlan Nordin.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular