Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 19 Mac 2010

KAWIN PEMUDA LOMBOK: 500 Lagi Gadis Malaysia masih berada di Indonesia..

(Foto hiasan TKI yang baru sampai di Malaysia)


19/03/2010 7:16pm

KUALA LUMPUR :--19 Mac - Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) membekukan pengambilan pekerja asing dari Lombok, Indonesia berikutan trend kahwin lari melibatkan gadis-gadis Malaysia dengan lelaki dari wilayah terbabit yang semakin membimbangkan kini.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pihaknya memperoleh maklumat yang mendakwa kira-kira 500 wanita Malaysia berada di Lombok sekarang ini, akibat terjerat oleh ikatan perkahwinan dengan lelaki dari wilayah berkenaan semasa mereka bekerja di negara ini.

"Pembongkaran satu demi satu kes kahwin lari melibatkan lelaki dari Lombok menuntut satu mekanisme yang perlu dilaksanakan segera oleh kementerian berkenaan bagi membendung gejala yang tidak menyenangkan itu.

"Puteri UMNO percaya ada lagi kes gadis Malaysia nekad meninggalkan keluarga masing-masing gara-gara berkahwin dengan lelaki dari Lombok dan terpaksa mengharungi penderitaan sepanjang berada di negara orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rosnah berkata, pihaknya tidak mahu trend yang semakin berleluasa itu mengakibatkan ramai gadis terpaksa berkorban masa depan mereka dan anak-anak yang bakal lahir. – Bernama.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular