Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 13 Mac 2010

NIKAH USIA 11 TAHUN: sudah ditemui

Siti Sarnan Mat Ail ibu kanak-kanak tersebut



KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan, Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, yang dikahwinkan dengan seorang lelaki tabligh berusia 41 tahun dan didakwa dilarikan lelaki terbabit telah ditemui di sebuah masjid berhampiran Batu Caves, Selangor semalam.

Siti Sarnan Mat Ail, 42, ibu kanak-kanak itu berkata, dia dihubungi oleh seorang lelaki tidak dikenali memaklumkan mengenai penemuan anaknya itu.

"Kira-kira pukul 6.30 petang semalam, saya terima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memberitahu anak saya berada di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera dekat Batu Caves.

"Mulanya saya ragu-ragu kerana tidak mungkin anak saya dibawa hingga ke Selangor tetapi apabila dibenarkan bercakap dengan anak saya barulah saya percaya," ceritanya ketika ditemui di Hospital Sungai Buloh (HSB) semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular