Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 9 Mac 2010

SINETRON: kisah Natrah difilemkan tahun depan




KUALA LUMPUR :--- Penulis buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata, Datin Seri Fatini Yaacob bercadang menerbitkan filem mengenai individu itu tahun depan demi kepentingan sejarah dan pengajaran buat warga Malaysia secara keseluruhannya.

Menurutnya, kisah hidup Natrah atau nama sebenarnya Huberdina Maria Hertogh @ Bertha yang meninggal dunia tahun lalu merupakan sejarah tidak ternilai buat tatapan generasi kini dan masa depan.

Sehubungan itu, katanya, beliau kini sedang mencari penerbit serta pengarah yang sesuai untuk bekerjasama dengannya yang bertindak sebagai penyelidik filem berkenaan supaya ia berjaya dihasilkan.

''Natrah merupakan satu ikon yang penting dan kisahnya masih relevan sampai bila-bila selagi wujud umat Islam, Melayu dan tiga kaum utama di Malaysia.

''Ia juga kekal relevan kerana selagi ada konflik di antara (sistem) undang-undang Islam dan Inggeris (sivil), selagi itu akan timbul nama Natrah," katanya.

Fatini yang juga Karyawan Tamu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku itu di UTM Kampus Antarabangsa di sini hari ini.

Pelancaran itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, kata Fatini, buku tersebut akan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) tidak lama lagi supaya ia menyertai pasaran antarabangsa.

Dalam perkembangan sama, Fatini dalam ucapannya sebelum itu turut bercadang untuk mementaskan kisah Natrah dalam bentuk teater pada masa akan datang walaupun ia pernah dilakukan di Istana Budaya (IB) di sini sebelum ini.

Katanya, walaupun kisah Natrah merupakan khazanah negara dan bukan miliknya secara individu, sejarah itu perlu didalami untuk membangkitkan roh perjuangan Melayu dan Islam yang kurang dipaparkan dalam teater sebelum ini.

''Pengorbanan Natrah merupakan pengorbanan rasa sementara kita berkorban jiwa dan raga. Dalam kisah Natrah, kita tidak kalah sebaliknya beribu lagi telah bangkit,'' tegasnya.

Cerita mengenai Natrah yang merupakan anak kandung kepada warga Belanda adalah kisah derita akibat putusnya kasih sayang antara anak dan ibu angkat serta di antara isteri dan suami yang menjadi mangsa sistem politik dan kehakiman politik penjajah.

Kisah Natrah yang kembali kepada Kristian setelah bertahun-tahun menganut dan tinggal bersama keluarga Islam di Tanah Melayu mencetuskan rusuhan di kalangan masyarakat Islam pelbagai kaum ketika itu serta mengorbankan sebahagian daripada mereka.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular