Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 2 Mac 2010

Sultan Kelantan hanya perlu rawatan fisioterapi susulan


KOTA BHARU (Malaysia) - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra hanya memerlukan rawatan fisioterapi susulan dengan keadaan kesihatan baginda yang semakin pulih sekarang.

Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry berkata, bagi pihak ayahandanya, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk pimpinan negara dan negeri serta rakyat yang mendoakan kesejahteraan baginda.


Beliau mengesahkan, Sultan Kelantan berkenan berangkat pulang ke Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini Khamis ini selepas mendapat rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak 24 Mei tahun lalu.

''Sultan Kelantan dijangka berangkat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada pukul 11 pagi," katanya pada sidang akhbar mengisytiharkan keberangkatan pulang Sultan Kelantan dan Raja Perempuan Kelantan di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, rakyat turut berpeluang menyambut kepulangan baginda di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini.

Utusan Malaysia difahamkan baginda akan pulang dengan pesawat khas Boeing 737.

Kain-kain rentang yang mengalu-alukan kepulangan baginda sudah banyak dipasang di sekitar bandar ini.

Sultan Ismail Petra yang mengalami masalah kesihatan telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini pada 14 Mei lalu sebelum dirujukkan ke Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Sepanjang ketiadaan baginda dalam negeri, beberapa konflik dalam keluarga istana tercetus.

Beliau yang membacakan kenyataan ringkas itu berkata, baginda mengucapkan terima kasih terutamanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, menteri-menteri, Kerajaan Pusat dan negeri yang tidak jemu-jemu mendoakan kesihatan dan kesejahteraan baginda sepanjang tempoh rawatan.

Katanya, ucapan terima kasih itu juga ditujukan kepada pasukan doktor yang melakukan rawatan dan pemantauan berterusan, kerabat diraja dan rakyat jelata.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular