Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 13 Februari 2011

Diplomat Muda Malaysia Jalin Persahabatan Dengan Indonesia





JAKARTA,(Bernama) -- Sekumpulan 24 diplomat muda dari Malaysia yang menamatkan program khidmat sambil belajar serta lawatan sambil belajar di sini pada Sabtu, mampu memberikan pencapaian cemerlang dalam menjalin persahabatan dan persefahaman yang lebih baik untuk mengendalikan isu-su dua hala antara kedua-dua negara.

Sepanjang mereka berada di sini, peserta Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) itu diberikan peluang untuk menyertai forum dan dialog mengenai hubungan dua hala dengan Kementerian Hal Ehwal Luar Indonesia, Kementerian Perdagangan negara ini serta Sekretariat Asean.

Sesetengah daripada mereka diberikan peluang untuk membantu kakitangan Kedutaan Malaysia di sini mengendalikan sekumpulan 104 pelajar Malaysia yang di bawa pulang dari Mesir, yang transit di sini menunggu penerbangan ke Kuala Lumpur pada Khamis.

Indonesia memberikan respond baik terhadap program berkenaan, menunjukkan kesediaan untuk bekerja rapat dengan Malaysia dan membayangkan mengadakan pertukaran lawatan pada tahun depan.

"Saya fikir ini adalah permulaan yang baik kerana kita banyak memperkatakan mengenai pembinaan hubungan baik dengan Indonesia dan kita mulakan dengan diplomat muda kita, dan Indonesia memberikan respond baik terhadapnya.

"Saya pasti Wisma Putra kini dalam proses menghuhungi dan ini adalah salah satu cara yang boleh memberikan manfaat kepada kedua-dua negara," kata Ketua pengarah IDFR Datuk Ku Jaafar Ku Shaari kepada Bernama.

Beliau berkata perkembangan menarik dalam program ini adalah diplomat muda juga berpeluang bertemu dengan rakan-rakan diplomat mereka dari Indonesia.

"Kita berpeluang mengadakan pertemuan dengan para pegawai Pusat Pendidikan dan Latihan (Pusdiklat) di bawah Kementerian Hal Ehwal Luar Indonesia yang baru mengambil masuk 60 orang diplomat muda.

"Semasa pertemuan itu, mereka bertukar-tukar idea, dan malahan mengadakan forum mengenai kerjasama Asean dalam konteks pelancongan," kata beliau.

"Jakarta telah beri kita peluang ini. Saya gembira kita pilih Jakarta untuk lawatan ini," kata Ku Jaafar.

Diplomat Malaysia itu kini mengikuti kursus diploma dalam diplomasi di IDFR.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular