Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 13 Februari 2011

Exco Perkasa ditemui kebingungan selepas hilang secara misteri





KUALA LUMPUR:---- Seorang Exco Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dilaporkan hilang secara misteri beberapa jam sebelum pertubuhan itu membuat laporan polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Mohd. Farid Abdullah, 27, yang juga Setiausaha Kerja kepada Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah dikatakan keluar rumah dan gagal dikesan sebaik sahaja menerima panggilan daripada seorang individu pada pukul 2.30 pagi.

Kehilangan Mohd. Farid disyaki ada kaitan dengan tindakan Perkasa membuat laporan terhadap Anwar.

Ini kerana beliau merupakan individu diamanah untuk memegang dokumen penting mengenai salah laku Anwar yang baru dibongkar dan dilaporkan kepada polis.

Bagaimanapun setelah hampir 48 jam dilaporkan hilang, Mohd. Farid berjaya ditemui tengah hari ini oleh polis tetapi dalam keadaan kebingungan dan langsung tidak mengingati apa terjadi ke atas dirinya.

Menurut Arman Azha, malah semua dokumen penting mengenai salah laku Anwar yang dipegang oleh Exco Perkasa itu turut didapati hilang.

Katanya, Mohd. Farid sepatutnya menemani beliau untuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada pukul 3.30 petang semalam.

"Saya menyerahkan dokumen asal mengenai maklumat salah laku Ketua Pembangkang itu kepada Mohd. Farid pada petang kelmarin, untuk disimpan kerana mempunyai urusan di tempat lain.

"Dia sepatutnya membawa dokumen tersebut bersama kenyataan media yang disediakannya semasa menemui saya untuk membuat laporan polis di IPD Dang Wangi petang semalam," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Arman Azha bersama dua Ketua Wirawati Perkasa iaitu Zaira Jaafar dan Raihan Sulaiman Palestine semalam, membuat empat laporan polis terhadap Anwar memohon supaya pihak berkuasa menghalang beliau daripada bebas ke luar masuk dari negara ini.

Laporan polis itu dibuat di IPD Dang Wangi dan Sentul di Kuala Lumpur, selain IPD Shah Alam, Selangor dan Putrajaya.

Berdasarkan laporan polis itu, Perkasa mendesak Peguam Negara memohon kepada mahkamah supaya menahan pasport milik Ketua Pembangkang itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular