Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 1 Februari 2011

Ganding silat: Singapura perkenalkan "Silatrobic"

Cik Ainiah (bertali pinggang kuning) dan anggota wanita lain Perguruan Pencak Sendeng mengadakan persembahan silatrobic di Jurong West baru-baru ini dalam usaha memperkenalkan senaman itu kepada umum.



SINGAPURA:-- SENAMAN kebayarobik sudah popular di kalangan wanita Melayu/Islam.

Kini satu lagi senaman dicipta khas bagi kaum wanita - silatrobic, yang merupakan gandingan seni silat dan senaman aerobik.

Sekumpulan wanita yang tinggal di barat Singapura menyertai silatrobic bersama Perguruan Pencak Sendeng di Choa Chu Kang setiap Ahad malam sejak dua bulan lalu.

Ketika dihubungi pengelola silatrobic, Cik Maimunah Kamis, 53 tahun, berkata idea senaman itu diilhamkan semasa beliau dan keluarganya berbual- bual kosong.

'Saya memang minat seni silat, tapi sejak dah berumur sikit, saya tidak begitu aktif. Jadi, bila salah seorang anak lelaki saya beritahu saya yang dia ada idea baru khas untuk wanita, saya suruh dia tunjukkan kepada saya dan suami saya.

'Saya tertarik pada apa yang dipersembahnya. Tangannya digerakkan mengikut gerak silat dan langkah kakinya pula ikut rentak aerobik,' jelas Cik Maimunah, yang panggilan mesranya Kak Su.

Beliau kemudian memulakan kumpulan silatrobic dan melantik sebagai ketuanya seorang anggota yang juga ketua kumpulan kaum ibu perguruan pencak sendeng, Cik Ainiah Ayub.

'Apabila Kak Su beritahu saya tentang silatrobic, saya begitu seronok sekali. Saya memang suka cuba benda baru, bahkan saya pernah menyertai senaman taici dan yoga.

'Saya ada juga pengalaman aerobik, jadi saya tahu serba sedikit tentang senaman itu. Bila saya beritahu ibu-ibu lain, mereka juga seronok dengan idea silatrobic ini.

'Tapi memang ada sedikit rasa kekok kerana bukannya senang menggabungkan silat dan aerobik. Dengan latihan selama dua bulan ini, alhamdulillah sekarang kami semua rasa lebih selesa,' kata Cik Ainiah, 42 tahun.

Ibu dua anak lelaki berusia 18 tahun dan 14 tahun itu seorang tukang urut tradisional.

Kaum wanita boleh menyertai senaman silatrobic itu di gelanggang latihan Jawatankuasa Penduduk (RC) Zon 1 Keat Hong Choa Chu Kang, dekat pusat beli-belah Lot 1.

Kumpulan itu kini dalam perancangan memulakan sesi silatrobic di Jurong.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular