Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 1 Februari 2011

Kinabatangan perintis tanaman durian merah




KINABATANGAN — Kinabatangan menjadi perintis kepada penanaman durian merah secara besar-besaran di negeri ini berikutan pembukaan tanah seluas empat hektar di Taman Bandar berhampiran Pekan Kinabatangan.

Sebagai permulaan, 300 anak pokok durian merah akan ditanam di Taman Bandar yang akan dijadikan sebagai taman pertanian dan diusahakan sendiri oleh Pejabat Pertanian di sini.

Majlis pelancaran penanaman durian merah di taman itu disempurnakan oleh Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dalam satu majlis di tapak penanaman durian merah itu di sini hari ini.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Bung Moktar berkata projek penanaman durian merah itu dijalankan di bawah program pembangunan pertanian Parlimen Kinabatangan dengan kerjasama Pejabat Pertanian Kinabatangan.

Katanya ia adalah usaha yang diambil untuk mengkomersialkan tanaman itu yang sememangnya terkenal di daerah ini.

Katanya untuk perancangan jangka panjang, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Sirim untuk membantu usaha mengkomersialkan lagi buah durian merah.

Durian merah banyak terdapat di daerah ini dan dijual dengan harga RM5 sebiji serta mampu mencecah RM60-RM80 sekilo setiap kali musim ”raja buah” itu. — Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular