Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 20 Februari 2011

Lima kedai bersaing di 'Karipap Road' Singapura

Cik Rahma yakin kedainya akan mendapat sambutan kerana beliau dan suami telah berniaga lebih 20 tahun sebagai pemborong karipap sebelum membuka kedai di Joo Chiat Road.



SINGAPURA:-- Nampaknya kawasan Onan Road dan Joo Chiat Road kini boleh digelar 'Karipap Road' Singapura, dengan lima kedai tersebut menawarkan pelbagai karipap rangup, sedap dan panas.

Selain karipap tradisional yang berinti kentang dan daging, para pembeli juga boleh memilih karipap yang mengandungi daging rendang kambing atau ayam serta sardin.

Antara kedai karipap yang baru bertapak di Joo Chiat Road itu ialah Gandum Bakery di 90 Joo Chiat Road.

Menurut Cik Rahma Ali, 45 tahun, walaupun kedainya baru dua bulan dibuka, beliau dan suaminya telah berniaga lebih 20 tahun sebagai pemborong bagi pelbagai karipap yang dijual di serata Singapura.

'Walaupun Joo Chiat Road dan Onan Road agak 'sesak' dengan kedai-kedai karipap lain saya masih yakin gerai saya dapat menarik pelanggan kerana para pelanggan telah mengenali kami sejak sekian lama,' ujarnya lagi.

Karipap kentangnya dijual pada harga $0.80 sekeping sementara karipap ayam dan karipap daging kambing, berharga $1.20.

Pemilik Sha Zah Confectionery, Cik Aisha Hussain, 49 tahun, pula berkata beliau tidak ada masalah berniaga walaupun ada lima kedai karipap di kawasan itu.

'Ini kerana kami memastikan kualiti kami terjamin. Kami juga memastikan kulit karipap kami rangup dan sedap. Antara karipap yang menjadi 'buruan' pengunjung ialah karipap rendang dan karipap daging kambing,' jelasnya lagi.

Sha Zah Confectionery terletak di 105 Joo Chiat Road, bertentangan Masjid Khalid dan telah berniaga lebih 20 tahun.

Seorang jemaah yang ditemui di Masjid Khalid berkata karipap Sha Zah Confectionery memang istimewa kerana kulitnya lembut dan intinya pula padat.

'Setiap kali apabila saya berkunjung ke Masjid Khalid saya memang tidak terlepas membeli karipap di sana,' ujarnya yang enggan memberikan namanya.

Karipap kentang Sha Zah dijual pada harga $0.70 sekeping, karipap ayam dan karipap daging kambing berharga $1.20 sementara karipap rendang pula $1.20.

Mereka yang meminati epok-epok pula boleh membelinya pada harga sedolar bagi tiga keping.

Sebuah lagi kedai karipap yang baru bertapak ialah Imran's Confectionery di 123 Joo Chiat Road.

Menurut salah seorang pekerjanya, Encik Mohd Kassim, 50 tahun, kedainya telah berniaga di kawasan Joo Chiat sejak empat tahun lalu.

'Sejauh ini sambutan orang ramai amat menggalakkan,' ujarnya.

Seperti juga Sha Zah Confectionery, karipap kentang Imran's Confectionery berharga $0.70 sekeping tetapi mereka yang membeli tiga karipap boleh mendapatkannya pada harga $2.

Karipap yang dijual kedai Indian Muslim Bakery & Confectionery di Onan Road pula ialah $1 sekeping, sementara karipap rendangnya berharga $1.50.

Sebuah lagi kedai karipap terletak di Joo Chiat Road.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular