Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 22 Februari 2011

RosPin ciptaan pelajar SMV Kuantan dikomersialkan




KUANTAN - Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Kuantan menjadi sekolah pertama di Malaysia yang berjaya mengkomersialkan produk ciptaan pelajarnya dikenali Rostrum Pintar (RosPin).

RosPin, yang dilengkapi mikrofon terlaras automatik mengikut ketinggian pengucap dicipta oleh empat pelajar sekolah berkenaan pada 2008 dengan kos tidak melebihi RM3,000 serta pernah memenangi Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran dan Anugerah Inovasi Negara anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) pada tahun sama.

Pemeteraian perjanjian bagi mengkomersialkan RosPin diadakan antara sekolah itu dengan Sirim Berhad yang bertindak membantu menambahbaik produk berkenaan dan syarikat Muslim Global Intelek Sdn. Bhd. sebagai pemasar pada satu majlis di sini hari ini.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, kejayaan itu merupakan petanda baik bahawa pelajar mula memahami kepentingan elemen kreativiti dan inovasi dalam kehidupan. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular