Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 8 Februari 2011

Singapura Cipta Bahan api daripada 'daun tiruan'

( Foto hiasan )




SINGAPURA:-- PARA saintis daripada Universiti Teknologi Nanyang (NTU) telah membangunkan sebuah makmal baru - yang pertama di Asia - bagi menghasilkan bahan api hidrogen daripada air dan cahaya suria.

Usaha itu, apabila disempurnakan dengan sebaiknya, akan melahirkan teknologi 'daun tiruan' yang mampu mengurangkan penggantungan dunia pada minyak mentah dan membantu mengurangkan masalah yang disebabkan oleh pemanasan global dan perubahan iklim.

Makmal Bahan Api Suria di NTU bertujuan mewujudkan secara berkesan dan berkekalan sumber bahan api berasaskan suria - dengan membangunkan satu kaedah yang dapat menarik keluar hidrogen dengan banyak daripada air menggunakan tenaga suria.

Teknologi masa kini memerlukan jumlah kuasa tenaga yang besar untuk menghasilkan jumlah hidrogen yang sedikit daripada air.

Makmal Bahan Api Suria di NTU telah dirasmikan oleh bakal Presiden NTU, Profesor Bertil Andersson.

Satu seminar tentang penjanaan bahan api berasaskan suria dan fotosintesis tiruan turut diadakan sempena acara pembukaan itu.

Fotosintesis adalah proses di mana tanaman menghasilkan oksigen.

Menurut NTU, makmal baru itu akan diuruskan secara bersama oleh Sekolah Sains Bahan dan Kejuruteraan NTU dan Institut Penyelidikan Tenaga @ NTU (ERI@N).

'Alam mempunyai pelbagai cara menakjubkan untuk memperbaharui dirinya. Kita dapat belajar dengan banyaknya daripada alam jika kita teliti dalam usaha mencari huraian yang berkekalan kepada pelbagai masalah dunia yang mendesak,' kata Profesor Andersson, yang turut diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai pakar biokimia dan perintis teknologi 'daun tiruan'.

Di bawah pimpinannya, NTU kini berada di kedudukan yang baik untuk menjadi pemain utama dunia dalam bidang penyelidikan teknologi bagi pembaharuan tenaga dan bahan api berasaskan suria.

Matlamat asas para penyelidik yang terlibat dalam program bahan api berasaskan suria di NTU itu adalah membangunkan teknologi berasaskan suria yang boleh dikembangkan secara komersial.

Bagi mencapai matlamat itu, para penyelidik perlu mencari penggabungan yang sesuai daripada kalangan mangkin kimia yang dapat mempercepatkan proses fotosintesis tiruan menggunakan tenaga yang minimal.

Ini akan membolehkan penghasilan bahan api secara besar-besaran secara jimat dan berkesan.

Bagi menjayakan projek itu, NTU telah membentuk sebuah pasukan yang menghimpunkan penyelidik muda yang akan bekerjasama dengan pakar-pakar ulung dunia.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular