Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 15 Februari 2011

Singapura temui antibodi yang dapat sembuhkan Chikungunya





SINGAPURA:-- Singapura berkata ia telah menemui dua antibodi monoklonal manusia yang baru yang boleh menyembuhkan Chikungunya, sejenis penyakit yang ketika ini masih belum ada vaksin atau rawatan khusus mengenainya.

Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) republik itu berkata penemuan itu dibuat oleh Singapore Immunology Network (SIgN), iaitu sebuah institusi di bawah sayapnya dan sebuah syarikat biofarmaseutikal Perancis, Vivalis, yang menjalankan kerjasama penyelidikan.

Penemuan penting itu telah diterbitkan dalam Journal of Immunology, kata A*STAR dalam satu kenyataan hari ini.

Chikungunya merebak luas di Afrika, Asia Selatan dan Asia Tenggara, berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes, nyamuk yang sama menyebarkan virus demam denggi. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular