Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 14 Februari 2011

Warga Singapura: Keadaan tenang di Bahrain

Seorang lelaki didukung untuk menaiki kenderaan ke hospital kerana cedera akibat penabur senapang angin yang ditembak polis ke atas penunjuk perasaan di kampung Karzakan, Bahrain.



SINGAPURA:-- WARGA Singapura di Bahrain berkata keadaan di sana tenang dan tiada tanda bantahan besar- besaran di ibu negaranya, Manama.

Malah, mereka masih keluar bekerja dan mendapati kehidupan berjalan seperti biasa, ujar mereka semasa dihubungi melalui panggilan jauh semalam.

Namun, mereka tidak memandang ringan nasihat Kementerian Ehwal Luar (MFA) agar mereka mengelak berada di pasar Bab al-Bahrain dan kawasan berhampirannya.

MFA mengeluarkan satu kenyataan kelmarin menasihatkan warga Singapura di Bahrain supaya memantau berita dan menantikan pengumuman daripada pihak berkuasa negara itu.

Pengarah Penjualan dan Pemasaran The Ritz-Carlton Bahrain Hotel & Spa, Encik Dilip Mukundan, berkata keadaan di negara itu seperti sediakala.

'Namun, Duta Singapura ke Mesir, Encik Wong Kwok Pun, telah melawat kami kelmarin.

'Beliau juga telah menghantar e-mel kepada warga Singapura di Bahrain untuk memberitahu mereka di mana mereka boleh mendapatkan bantuan,' katanya.

MFA mengeluarkan nasihat itu menyusuli beberapa tunjuk perasaan yang meletus di negara itu sejak beberapa hari lalu.

Menurut laporan agensi, tunjuk-tunjuk perasaan itu diadakan oleh kaum Syiah, yang membentuk 70 peratus penduduk Bahrain, kerana tidak puas hati akan kerajaan Sunni negara itu.

Seorang lagi warga Singapura yang dihubungi di sana, Pengurus Besar Pico International (Bahrain), Encik Miswadi Siskandarl, berkata Raja Bahrain, Hamad Isa Al Khalifa, telah mengumumkan bahawa kerajaannya akan memberi wang sebanyak AS$2,700 (S$3,500) kepada setiap keluarga warga negara itu.

Langkah tersebut, menurut Encik Miswadi, telah menenangkan keadaan.

Namun, menurut Encik Miswandi, masih ada beberapa tunjuk perasaan kecil-kecilan yang telah diadakan di kawasan perkampungan Syiah.

Bagaimanapun, ia jarang bertukar menjadi rusuhan berdarah, ujar beliau.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular