Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 1 Julai 2011

Kes Sosilawati bermula Isnin

Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya.





SHAH ALAM - Kisah tragis, rentetan peristiwa dan motif di sebalik peristiwa pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di sebuah ladang di Banting, tahun lalu bakal tersingkap apabila kes itu mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi, di sini, Isnin ini.

Sekurang-kurangnya 50 saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan dalam kes paling menggemparkan negara sejak pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris yang mayatnya dikerat 18 bahagian pada 1993.

Ini kerana empat mangsa dalam kes ini bukan saja dibunuh dengan kejam, malah mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di beberapa anak sungai berhampiran tempat kejadian.

Pendakwaan akan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusof dijangka akan memanggil dua pekerja ladang, K Sarawanan, 20, dan U Suresh, 27, yang sebelum ini mengaku melupuskan bahan bukti pembunuhan apabila membakar dan membuang abu mangsa.

Selain itu, pendakwaan pada peringkat awal kes dijangka menampilkan ahli keluarga mangsa termasuk anak sulung Sosilawati, Dekritawati Yuliana Buhari, 26, untuk memberi keterangan.

Selain Ishak, pendakwaan turut dibantu Timbalan-timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani.

Manakala, semua tertuduh diwakili barisan peguam, Manjeet Singh, Puspha Ratnam, Amer Hamzah Arshad, Datuk Ng See Teong, Ravi Nekoo dan Gurbachan Singh.

Pada 30 Mac lalu, bekas peguam, N Pathmanabhan, 42, T Thilaiyalagan, 20, R Matan, 21, dan R Khatavarayan, 31, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, terhadap empat tuduhan membunuh mangsa dalam pembunuhan kejam itu.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Perbuatan itu dilakukan di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Anak sulung Sosilawati, Erni sebelum ini berkata, keluarganya menyerahkan kepada pihak berkuasa dan yakin hukuman setimpal akan dijatuhkan terhadap pembunuh ibu mereka.

“Kalau hukuman dunia tidak boleh menghukum mereka, saya percaya Allah akan memberi pembalasan di akhirat kelak,” katanya.

Kes pembunuhan itu mendapat publisiti meluas apabila Sosilawati dilaporkan hilang sejak 30 Ogos tahun lalu selepas ke Banting atas urusan pembelian tanah dengan ditemani Kamaruddin, Noorhisham dan Ahmad Kamil.

Pada 21 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menerusi satu semakan kehakiman mengubah hukuman penjara tujuh tahun terhadap Sarawanan dan Suresh kepada 20 tahun.

Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas mendapati hukuman dijatuhkan Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting pada 15 Oktober tahun lalu tidak memadai dengan kesalahan melupuskan bahan bukti kes itu.

Kedua-duanya mengaku meletak mayat mangsa di atas longgokan kayu, dicurah petrol dan diesel sebelum dibakar antara jam 8.30 hingga 9.45 malam, 30 Ogos lalu.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di Mahkamah Tinggi 8 mendapati bangku tambahan mula diletakkan di galeri awam untuk menampung kehadiran pemberita dan orang awam yang ingin mengikuti perbicaraan ini.

Kes akan didengar di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular