
KUALA LUMPUR - Sambutan Kemerdekaan ke-54 negara ditunda kepada 16 September, serentak dengan sambutan Hari Malaysia.
Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, keputusan itu dibuat berikutan tarikh kemerdekaan jatuh pada penghujung Ramadan.
"Jawatankuasa Bulan Kemerdekaan membuat keputusan (16 Sept) sesuai berikutan ia adalah juga tarikh Hari Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2011 di sini, hari ini.
