Foto hiasan.
IPOH - “Saya masih dibayangi dosa dan bimbang ibadat puasa dan solat Tarawih tidak diterima Tuhan kerana cacah tatu di belakang tubuh belum dipadamkan,” kata Aboy (bukan nama sebenar) yang masih menyimpan tatu walaupun sudah kembali ke pangkal jalan.
Ramadan kali ini memberi rahmat dalam jiwa pemuda Melayu berusia 27 tahun itu selepas hampir 10 tahun mengharungi kehidupan bebas tanpa mempedulikan soal hukum haram agama.
Aboy mengakui sepanjang tempoh itu, dia tidak pernah bersembahyang dan menjejakkan kaki di surau atau masjid.
Kemuncak kehidupan tanpa batasan dilalui pemuda dari Manjung itu ialah membuat cacah tatu dengan lambang rumah ibadat agama lain di belakang badannya selepas percaya ia membawa tuah.
“Saya membuat tatu ini tidak lama selepas menyertai satu kumpulan haram pada pertengahan 2008.
