Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 18 Ogos 2011

Tanah Sawah: Abang ipar cantas kaki mentua




PEKAN - “Saya tak sangka Pak Ngah tergamak menetak ayah (sampai mati) hanya kerana berebutkan tanah sawah yang luasnya tidak seberapa itu.

“Kalau boleh, saya tidak mahu lagi melihat mukanya kerana disebabkan dia, kami sekeluarga terpaksa menyambut Aidilfitri dalam keadaan sedih dan pilu tanpa ayah.”

Demikian kata Mohamad Nasir, 35, anak kedua Mohamad Romli Hashim, 62, dari Kampung Permatang Chekeroh, Nenasi yang maut dipercayai akibat hilang banyak darah selepas bahagian bawah lutut kanannya hampir putus terkena libasan parang panjang abang iparnya yang berusia 64 tahun, kelmarin.

Kejadian pada kira-kira jam 6.30 petang itu dikatakan berpunca daripada Mohamad Romli secara tidak sengaja menceroboh kawasan sawah abang iparnya ketika meracun rumput dan perbuatannya itu tidak disenangi suspek.

Suspek mendakwa Mohamad Romli tidak meminta kebenaran daripadanya untuk meracun rumput di kawasan itu dan kedua-duanya bertengkar mempertahankan pendirian masing-masing.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular