Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 17 Mac 2010

CINTA PEMUDA LOMBOK : Gadis Malaysia Kembali Kepangkuan Keluarga

(Foto hiasan di antara gadis Malaysia yang lari mengikut pemuda Lombok)



KULIM 17 Mac – Episod ”cinta Lombok” sekali lagi diselesaikan oleh Biro Pengaduan Pemuda UMNO yang membawa pulang Rosnah Abu Bakar ke pangkuan keluarganya di sini setelah lebih tiga tahun mengikuti kekasihnya ke daerah Indonesia itu.

Rosnah, 20, tiba bersama anak perempuan berusia 14 bulan petang semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang dan disambut oleh ayahnya Abu Bakar Aziz.

Rosnah, yang diiringi bapanya kemudian menaiki bas dari Shah Alam untuk pulang ke rumah mereka di Taman Sungai Dingin di sini pada 5 pagi tadi dan kepulangannya disambut dengan linangan air mata oleh ibunya Sombi Md. Isa, 41, dan lima adiknya.

Anak sulung dari enam beradik itu melarikan diri setelah dihalang oleh keluarganya berkahwin dengan kekasihnya, seorang pemuda Lombok pada 2007.

Ketika ditemui hari ini, Rosnah yang kelihatan dalam keadaan ”ingat-ingat lupa”, enggan menceritakan kisahnya mengikuti pemuda Lombok bernama Salihin @ Suherman, 25, sehingga mereka berkahwin.

Abu Bakar pula berkata, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Mahang, Kulim dan di Balai Polis Sepang, Selangor selepas Rosnah didapati hilang pada Jun 2007.

"Kami ahli keluarga termasuk teman-teman Rosnah berusaha menjejakinya di Perak, Selangor, Melaka dan Johor tetapi tidak berhasil sehingga anak saya menelefon saya pada 2008 dan meminta bantuan kewangan kerana suaminya masih menganggur dan keluarga mertuanya miskin, katanya.

Abu Bakar, mandur sebuah ladang kelapa sawit di sini, berterima kasih kepada UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, terutama ketuanya, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dan Ketua Pemuda bahagian itu, Mustafa Kamal Shaikh Ismail kerana mengambil inisiatif membawa pulang Rosnah. – Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular