Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 17 Mac 2010

Suami 66 : Paksa Isterinya dilahap orang

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR: - Seorang pesara memaksa isterinya, yang juga warga emas, ditiduri lelaki lain sementara dia hanya melihat dan merakam aksi mereka melakukan hubungan seks, sejak empat tahun lalu.

Malah, lelaki berusia 66 tahun itu memilih lelaki yang akan dijadikan teman ranjang isterinya, yang berusia 61 tahun.

Akibat tidak tahan menjadi hamba seks, isterinya, seorang nenek, melarikan diri ke Kuala Lumpur awal Mac lalu dari kampungnya di sebuah daerah terpencil di Sarawak dengan bantuan anak tirinya.

Menceritakan penderitaannya, mangsa, yang dikenali sebagai 'Cik Chia' berkata suaminya mula berubah sikap apabila mereka menghadapi masalah hubungan kelamin selepas berkahwin 14 tahun.

'Pada mulanya, saya sangkakan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang, namun, ia bertukar menjadi mimpi ngeri apabila saya dibawa ke sebuah ladang getah berhampiran rumah dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.

'Saya cuba menolak namun dipukul hingga lebam dan kerana takut dicederakan saya hanya turutkan permintaan gila suami saya itu,' katanya, kelmarin.

Menurut Cik Chia lagi, penderitaannya semakin parah sejak setahun lalu apabila beliau dibawa setiap bulan ke ladang itu untuk melakukan perbuatan terkutuk itu bersama lelaki tidak dikenalinya.

'Suami saya akan mencari pekerja asing berusia antara 16 hingga 40 tahun untuk dijadikan teman seks dan mereka akan diberi upah minuman keras atau kad tambah nilai telefon bimbit.

'Ketika saya melakukan seks, suami saya akan menonton dan merakamnya bagi menakutkan saya agar tidak membuat laporan polis,' kata Cik Chia lagi.

'Kali terakhir saya dipaksa melakukan perbuatan terkutuk itu ialah pada 4 Mac lalu. Saya sudah terlalu azab untuk tinggal bersamanya lagi. Saya dibelasah teruk serta diugut jika cuba melarikan diri.

'Akibat tidak tahan, saya mengadu kepada anak saya dan mereka membantu saya menyelamatkan diri,' kata beliau, yang mempunyai tiga anak tiri dengan suaminya itu.

Menurut Cik Chia, beliau isteri kedua lelaki itu selepas isteri pertamanya meninggal dunia. Mereka berkahwin pada 1996 tetapi tidak mempunya anak.

Cik Chia telah mengadu tentang perkara tersebut di Biro Pengaduan Awam Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling bagi menyelesaikan masalahnya itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular