
KECEWA: Isteri kedua Sultan Kelantan, Che Puan Elia Suhana Ahmad di iringi oleh peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan (kanan) terkilan apabila hasratnya untuk bertemu dengan suaminya, Tuanku Ismail Petra Ibni almarhum Sultan Yahya Petra di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu di halang oleh pihak Istana. Beliau mendapat perintah mahkamah membenarkan melawat suaminya setiap Sabtu hingga Isnin jam 7 pagi.
