Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 13 Mac 2010



KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyiasat laporan mengenai kewujudan satu laman web yang dipercayai mempunyai unsur ajaran sesat yang dikesan baru-baru ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, siasatan dan pemantauan itu nanti akan membabitkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Inilah masalahnya sekarang.... ramai sangat orang yang cepat percaya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal. "

" Oleh itu, kita akan segera pantau dan siasat perkara ini kerana kita tidak mahu laman web ini berleluasa dan mempengaruhi pemikiran masyarakat kita," katanya selepas merasmikan Konvensyen Pengurusan Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Jamil Khir berkata, Jabatan Perdana Menteri akan menjalinkan kerjasama dengan agensi komunikasi dan multimedia yang lain bagi memantau aktiviti ajaran sesat yang disebarkan melalui internet dari semasa ke semasa.

"Saya fikir kita harus ada jalinan yang baik dengan syarikat mahupun agensi yang membabitkan jaringan internet ini kerana mereka antara yang boleh memantau perjalanan yang tidak sihat berlaku menerusi internet," katanya.

- Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular