Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 16 Mac 2010

Kanak-kanak enam tahun yang hilang ditemui selamat

(Foto hiasan)


KUALA LUMPUR 16 Mac – Budak lelaki berumur enam tahun yang dilaporkan hilang Sabtu lepas di taman permainan Perumahan Awam di Pangsapuri Sri Kota, Cheras, dekat sini selamat kembali ke pangkuan keluarganya hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, Muhammad Adam Haikal dipertemukan dengan kedua-dua ibu bapanya oleh jiran mereka yang menjaga kanak-kanak itu selepas menemuinya di sebuah masjid berhampiran pada hari kejadian.

"Pada hari kejadian, mangsa keluar bermain dan ingin pulang ke rumahnya namun sesat. Mangsa kemudian ditemui seorang lelaki dan perempuan yang kemudian cuba membantu, tetapi mangsa lupa jalan ke rumahnya,” kata Chin Wah kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, pasangan itu kemudian meninggalkan Haikal di sebuah masjid sebelum ditemui seorang lelaki yang juga jiran kepada ibu bapanya.

Haikal kemudian dihantar ke rumahnya, namun ibu bapa kanak-kanak itu tidak ada di rumah menyebabkan jiran tersebut memutuskan untuk membawa Haikal pulang ke rumahnya yang berada di tingkat lain di pangsapuri berkenaan, katanya.

Ibu kanak-kanak itu, Normayanti Abdul Manan, 30, membuat laporan polis berkenaan kehilangan Haikal semalam. – Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular