Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 15 Mac 2010

Kanak-kanak hilang semasa bermain di taman

(Foto hiasan)



16/03/2010 10:50am

KUALA LUMPUR 16 Mac – Seorang ibu membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya yang baru berumur enam tahun di taman permainan Perumahan Awam di Pangsapuri Sri Kota, Cheras di sini, Sabtu lepas.

Normayanti Abdul Manan, 30, berkata, kali terakhir anaknya, Muhammad Adam Haikal dikesan ialah ketika dia pulang ke rumah neneknya di tingkat tiga pangsapuri pada kira-kira pukul 4.30 petang untuk mengambil gasing sebelum turun semula ke taman permainan itu.

Beliau berkata, anak sulungnya itu kemudiannya tidak pulang ke rumah neneknya, menyebabkan beliau dan suaminya membuat laporan polis di Balai Polis Pudu kira-kira pukul 11 malam semalam.

Bercakap kepada pemberita semalam beliau berkata, Haikal ditinggalkan di rumah mertuanya setiap hari apabila beliau dan suami keluar bekerja memandangkan rumah mereka terletak berhampiran.

Beliau seterusnya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Haikal supaya menghubunginya dengan menelefon 012-260 8660 atau 012-279 1044.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supt. Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu dan katanya, kes itu diambil alih oleh Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular