Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 15 Mac 2010

NIKAH GADIS 11 TAHUN: Siti Nur Zubaidah Masih Perawan



KOTA BHARU: “Lelaki itu (Sudin ‘Ajaib’) memaksa anak saya tidur sambil menarik seluarnya tapi Siti Zubaidah menendang,” kata Siti Sarnan Mat Ali, 42, menceritakan pengalaman pahit dilalui anaknya, Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, selepas dilarikan lelaki terbabit yang dinikahkan bapa kandungnya dalam kejadian 19 Februari lalu.

Menurut Siti Sarnan, dia bersyukur kerana kehormatan anaknya masih terpelihara walaupun dilarikan selama 23 hari sebelum ditemui semula kira-kira jam 6.30 petang di Madrasah Al-Ikhwan Taman Samudera Jaya, Batu Caves, Jumaat lalu.

Katanya, dia tidak menyangka lelaki 41 tahun itu tergamak melakukan perbuatan itu terhadap anaknya yang masih mentah atas ‘tiket perkahwinan’ kononnya mengikut sunnah Nabi.

“Bagaimanapun, saya lega kerana anak tidak diapa-apakan. Saya mahu dia bebas dan menjalani kehidupan normal dengan memperoleh pelajaran yang cukup demi masa depannya.

“Selepas kes ini selesai, saya akan mendaftarkan anak saya, Siti Nur Zubaidah ke sekolah menengah Arab di Tanah Merah dengan dijaga bapa saudaranya untuk mencapai cita-citanya menjadi pendidik,” katanya, semalam.

Sebelum ini, Siti Zubaidah dikahwinkan ayahnya dengan rakan jemaah tabligh sebelum dilarikan `suaminya” selepas mengambil kanak-kanak berkenaan di rumahnya di Kampung Jelawang, dekat Dabong 20 Februari lalu.

Laporan Bernama menyebut;

Hanya Mahkamah Syariah yang boleh menentukan sama ada sah atau sebaliknya status perkahwinan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dikatakan berlaku secara paksa dengan lelaki berusia 41 tahun di negeri ini, kata Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohamad.

Beliau berkata mereka yang terbabit dengan kes itu, seperti bapa kanak-kanak tersebut dan lelaki berkenaan perlu didakwa di mahkamah terlebih dahulu sebelum status perkahwinan tersebut dapat ditentukan.

"Andaian yang dibuat oleh orang ramai mengenai kes ini tidak boleh dijadikan asas kukuh dalam menentukan status perkahwinan pasangan terbabit sebelum kes disebut di mahkamah," katanya kepada Bernama.

"Ini perlu bagi mengelakkan timbul kekeliruan masyarakat Islam berhubung soal perkahwinan kerana ia menyentuh hukum agama Islam," tambahnya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular