Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 10 Mac 2010

NIKAH: Isteri 11 Tahun - Suami 41 Disiasat

(foto hiasan pernikahan seusia 12 tgahun di Indonesia tahun 2008)



KUALA KRAI (Malaysia): Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) akan mengambil keterangan sepasang suami isteri dari Jelawang, Kuala Krai, berhubung tindakan mengahwinkan anak perempuan mereka berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun, yang juga ketua jemaah disertai bapa kanak-kanak itu.

Jurucakap JAHEAIK berkata, kes terbabit adalah yang kedua membabitkan pernikahan budak perempuan di negeri itu selepas seorang budak berusia 10 tahun dikahwinkan keluarganya dengan lelaki berusia 40 tahun di Pasir Mas, baru-baru ini.

'Kami belum dapat menentukan status pernikahan terbabit (antara budak perempuan dengan pemimpin jemaah itu) yang didakwa diadakan di sebuah madrasah berhampiran Masjid Besar Machang kerana mangsa tidak hadir ketika pernikahan itu dilangsungkan.

'Walaupun secara zahir, sekiranya akad nikah diwalikan bapa kandung adalah sah, ia masih terlalu awal untuk diputuskan kerana biasanya kes membabitkan kanak-kanak memerlukan kebenaran bertulis mahkamah,' katanya ketika dihubungi di sini, kelmarin.

Kelmarin, laporan-laporan akhbar berkata kanak-kanak berkenaan, Siti Nur Zubaidah, 11 tahun, dikahwinkan sendiri oleh bapanya, Encik Hussin Mat Salleh, 54 tahun, kepada lelaki tabligh berusia 41 tahun, selepas diperdaya bahawa perbuatan itu mengikut sunnah Nabi Muhammad saw.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Muhammad Shukri Muhamad, berkata semua perkahwinan yang dilangsungkan di negeri itu perlu mematuhi syarat ditetapkan mengikut Enakmen Keluarga Islam Kelantan bagi memastikan pernikahan yang dilangsungkan itu tidak meragukan dari segi syarak dan undang-undang.

Menurutnya, antara lain enakmen itu menetapkan syarat umur minimum 18 tahun bagi pengantin lelaki dan 16 tahun bagi pengantin perempuan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular