Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 10 Mac 2010

Tiga parah : tong gas meletup

(Foto hiasan)


SUNGAI PETANI (Malaysia): Tiga parah, manakala seorang lagi cedera ringan apabila beberapa tong gas memasak yang disimpan di sebuah stor di Taman Batik, Jalan Lencongan Timur, di sini, meletup lewat petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 7 petang ketika itu membabitkan tiga pekerja bersama seorang pemilik stor yang ketika itu sedang bertugas di stor berkenaan.

Semua mangsa yang cedera ialah lelaki dan berusia antara 20-an dan 40-an.

Jurucakap pasukan bomba dan penyelamat berkata, pihaknya belum dapat memastikan jumlah tong gas yang meletup tetapi percaya ia lebih daripada satu berdasarkan impak letupan itu yang menyebabkan bumbung bangunan tercabut dan melayang beberapa meter.

Malah, kerosakan bangunan itu juga kelihatan seperti terkena serangan bom apabila struktur bangunan rosak teruk.

Beberapa bangunan yang terletak berhampiran juga mengalami kerosakan dan bunyi letupan amat kuat sehingga boleh didengar di Bandar Puteri Jaya yang terletak hampir empat kilometer dari lokasi kejadian.

Pasukan bomba dan penyelamat bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada kira-kira jam 7.05 malam.

Mereka yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

Punca kejadian masih disiasat.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular