Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 16 Februari 2011

FAS yang tentukan saya ke kelab Pelita Jaya – Safee




JAKARTA:--– Penyerang pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia, Mohd Safee Mohd Sali berkata, penentuan beliau untuk bergabung dengan Kelab Pelita Jaya di Indonesia adalah keputusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) selaku majikannya sebelum ini dan bukan keputusan beliau sendiri.

Katanya, semua rundingan dengan ketiga-tiga kelab bola sepak Indonesia yang membuat tawaran rasmi dibuat oleh FAS dan beliau sendiri tidak pernah membuat kenyataan memilih Persib Bandung.

Dakwaan kononnya beliau menipu kelab Persib Bandung dengan memilih kelab Pelita Jaya adalah tidak benar.

"Saya hanya cakap saya minat dengan Persib Bandung, saya pernah ke Persib Bandung melihat Selangor lawan Persib Bandung dan Persib Bandung pun pernah datang ke selangor untuk Piala Menteri Besar Selangor,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pemain berusia 27 tahun itu berkata, ketika beliau membuat kenyataan itu, FAS belum menerima tawaran rasmi daripada mana-mana kelab bola sepak untuk perpindahan beliau itu.

Keputusan yang beliau buat ialah untuk berhijrah ke kelab bola sepak luar negeri dan FAS yang menentukan kelab yang akan dipilih dengan mempertimbangkan keperluan dan harapan beliau di kelab baru.

Safee akan diturunkan untuk kali pertama mewakili Pelita Jaya ada 7 Mac untuk perlawanan dengan Persib Bandung di Stadium Singaperbangsa, Karawang, Jawa Barat. – Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular