Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 4 Mac 2011

Anggota Rela ditahan kes menyamar polis, rogol, samun



KLANG - Tindakan seorang anggota Rela berumur 36 tahun yang meminjamkan sepasang gari kepada dua rakannya membawa padah apabila dia turut ditahan selepas kedua-dua rakannya itu menyalahgunakan gari berkenaan untuk aktiviti jenayah.

Kedua-dua rakan anggota Rela terbabit dipercayai menggunakan gari itu dengan memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan seterusnya menyamun serta melakukan pemerasan ke atas seorang wanita.

Lebih malang lagi, mangsa yang berumur 29 tahun turut dirogol oleh kedua-dua suspek.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi pada 27 Februari lepas, apabila mangsa bersama teman lelakinya telah ditahan oleh dua lelaki yang menaiki sebuah kereta.

Beliau berkata, kedua-dua suspek kemudian memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis dan memaksa mangsa masuk ke dalam kereta sementara teman lelaki mangsa telah diarahkan untuk menunggu mereka di balai polis. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular