Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 4 Mac 2011

Bayaran visa dan permit PR dimansuh



BANDAR SERI BEGAWAN:- Bayaran bagi visa masuk semula (re-entry visa) dan permit masuk semula (re-entry permit) yang dikenakan kepada penduduk tetap Brunei yang tidak mempunyai taraf kewarganegaraan (stateless) tidak lagi dikenakan.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Badaruddin Pengarah Dato Paduka Haji Othman. Yang Berhormat Pehin menyatakan perkara itu ketika merujuk kepada soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Awang Goh King Chin semasa permesyuaratan pada 2010 berhubung dengan penduduk tetap negara (stateless) yang dikenakan bayaran permit dan visa masuk semula.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menerangkan bahawa, perkara berhubung dengan bayaran permit yang dikenakan kepada penduduk tetap negara yang tidak mempunyai taraf kewarganegaraan bagi re-entry permit sebanyak $10 dan re-entry visa sebanyak $50 telah dipertimbangkan serta diteliti oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada 2010 dan sokongan telah dibuat serta telah disembahkan.

Beliau seterusnya mengumumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan untuk bayaran bagi re-entry visa dan re-entry permit yang dikenakan kepada penduduk tetap negara ini yang tidak mempunyai taraf kewarganegaraan stateless, ditiadakan.

Yang Berhormat Pehin Goh King Chin ketika mengulas mengenai pengumuman itu, selaku wakil masyarakat Tiong Hwa mengucapkan terima kasih kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri bagi mengubah re-entry permit dan re-entry visa berkenaan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular