Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 4 Mac 2011

Ekspatriat Indonesia yang dilapor hilang kini kritikal di ICU


FOTO: CIK HENNY KUSUMAWATI,



SINGAPURA:- SEORANG wanita ekspatriat warga Indonesia yang dilaporkan hilang sejak kelmarin, kini dalam keadaan kritikal di Hospital Universiti Nasional (NUH).

Lebih 24 jam setelah beliau dilaporkan hilang, Cik Henny Kusumawati, 42 tahun, yang dipercayai mengalami kecederaan di kepala, kini dirawat di unit jagaan rapi (ICU) di hospital tersebut.

Cik Henny telah dilaporkan hilang oleh suaminya yang mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila isterinya, seorang suri rumah, tidak pulang ke rumah kelmarin setelah keluar berlari-lari anak yang menjadi rutinnya setiap pagi.

Ditemui di NUH semalam, suaminya yang hanya ingin dikenali sebagai Encik R.Y., 42 tahun, berkata bahawa isterinya keluar rumah sekitar 7 pagi kelmarin untuk berlari-lari anak di tanah lapang dekat Kelab Masyarakat Sengkang berhampiran rumah mereka.

'Saya tahu kebiasaan isteri saya. Apabila pagi beliau tidak pulang-pulang sehingga 9.30 pagi, hati saya mula rasa tidak senang,' ujar Encik R.Y., seorang konsultan IT.

Encik R.Y., seorang penduduk tetap (PR) yang telah berada di Singapura sejak tahun 2000, berkata bahawa beliau cuba mencari isterinya sekitar jam 10.30 pagi di daerah Kelab Masyarakat Sengkang tetapi tidak berhasil dan akhirnya membuat laporan polis sekitar 1 petang kelmarin.

Pada 8.30 pagi semalam, Encik R.Y. berkata beliau telah dihubungi polis yang memaklumkannya bahawa seorang pesakit yang serupa dengan gambaran isterinya yang diberikan suaminya itu telah dimasukkan di NUH, dan kemudian mengesahkan bahawa pesakit itu merupakan isterinya.

Encik R.Y. belum dapat memastikan bagaimana Cik Henny telah dimasukkan ke hospital tetapi dipercayai bahawa isterinya itu mungkin telah rebah dan dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat di Yishun, sebelum dihantar ke NUH.

Menurut Encik R.Y. lagi, isterinya menghidapi tekanan darah tinggi dan mengambil ubat bagi mengawal keadaan tersebut tetapi tampak sihat sebelum keluar bersenam kelmarin.

Tambah Encik R.Y., isterinya itu selalu tidak membawa kad pengenalan atau telefon bimbit apabila keluar bersenam.

'Selalu juga saya berpesan, sekurang-kurangnya bawalah telefon bimbit tetapi katanya, takut tercicir,' kata Encik R.Y.

Turut ditemui di NUH semalam adalah teman-teman Cik Henny yang juga merupakan warga Indonesia yang menetap di sini, antaranya Cik Lia Yuliani, 42 tahun.

'Beliau sangat aktif di kalangan masyarakat Indonesia di sini dan kami anggap beliau seperti ahli keluarga sendiri. Semalaman kami tidak tidur apabila tiada berita mengenainya,' kata Cik Lia, seorang suri rumah yang telah menetap di Singapura sejak lima tahun yang lalu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular