Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 2 Mac 2011

"Geng Mamat" tumpas di Tawau





KOTA KINABALU: Polis Sabah menumpaskan kumpulan perompak bersenjata dikenali "Geng Mamat", yang beroperasi di negeri itu dan di Semenanjung Malaysia sejak dua tahun lepas, dengan penahanan lima anggota itu di Tawau, bahagian pantai timur Sabah, dua minggu lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata kelima-lima perompak warga
asing berumur antara 22 dan 27 tahun itu dipercayai terlibat dalam 28 kes

rompakan termasuk lima kes di Johor, satu kes di Terengganu dan selebihnya
berlaku di sekitar Tawau.

Menurutnya, anggota kumpulan itu diberkas dalam operasi Ops Rantau di kawasan perkampungan Jambatan Putih, Kuhara, Tawau pada 14 Feb lepas, yang dilancarkan selepas mereka melakukan rompakan di sebuah rumah bangalo di Taman Falma, dekat pusat bandar Tawau, dua hari sebelum itu.

Hamza berkata jumlah kerugian dari keseluruhan 28 kes rompakan yang dilakukan kumpulan itu belum diketahui.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular