Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 5 Mac 2011

Isu payu dara silikon peningkan Fazura


FOTO: Nur Fazura Sharifudin.




KUALA LUMPUR: Sensasi selebriti terkenal, Nur Fazura Sharifudin diwarnai cerita mahkamah, penyebaran video lucah yang dikaitkan dengan namanya serta kisah cinta kerabat diraja.

Tiba-tiba terbongkar cerita kononnya implan silikon payu dara Fazura pecah sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital untuk satu rawatan kecemasan.

Apabila perkataan 'silikonnya pecah' digunakan dalam sebuah portal hiburan, mudah untuk pembaca berteka-teki, pernahkah aktres cantik itu melakukan pembedahan memasukkan silikon untuk mencantikkan payu dara miliknya.

Dia juga didakwa ada mendapatkan rawatan di Hospital Serdang atas komplikasi yang dihadapi.

Tidak mahu memberikan ulasan menerusi talian telefon, pencarian media untuk mendapatkan pelakon berusia 27 tahun itu berakhir di majlis pelancaran wangian terbaru, Herve Leger Femme, satu daripada rangkaian wangian Avon di ibu negara.

"Aset saya asli, buat apa hendak memakai silikon semata-mata untuk kelihatan menarik," itu jawab Fazura menafikan sekeras-kerasnya isu silikon pecah seperti yang dibangkitkan di laman-laman Internet.

"Sewaktu saya dihubungi oleh salah seorang rakan, saya hanya ketawa sahaja kerana merasa sangat lucu dan tidak sangka cerita sebegitu tiba-tiba muncul ke atas diri saya.

"Saya memang malas hendak melayan cerita bodoh begitu. Pada saya, itu satu perkara yang sememangnya langsung tidak masuk akal," katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular