Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 3 Mac 2011

Menuntut ilmu hitam: enam kubur dikorek



SUNGAI LANG TENGAH - Biarpun amalan ilmu hitam dianggap tidak lagi berlaku di zaman serba canggih ini, insiden di Tanah Perkuburan Islam Sungai Lang Tengah, kelmarin menafikannya.

Kisah enam kubur penduduk dikorek individu tidak dikenali menggemparkan sebahagian besar penduduk di sini. Tiga kubur kanak-kanak dan selebihnya dewasa dikorek rakus tanpa diketahui motifnya, menimbulkan kebimbangan penduduk.

Rata-rata mendakwa, kejadian seumpama itu adalah kali pertama berlaku dan menyifatkan kes tersebut amat serius dan perlu diberi perhatian sewajarnya oleh pihak berwajib agama.

Kata mereka, melihat kepada keadaan kubur terbabit, mereka tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan amalan ilmu hitam.

Menyedihkan, kian kafan si mati dibiar berselerakan di atas kubur.

Sementara itu, Pejabat Agama Daerah mengesahkan perbuatan berkemungkinan ada kaitan amalan khurafat dan polis yang dimaklumkan kejadian tersebut bersedia membantu pihak berwajib agama dan penduduk menyiasat kes tersebut.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular