
FOTO: Ketua Menteri Sarawak bersama isteri.
KUCHING: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mahu Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak (MWKS) menggalakkan lebih wanita di negeri ini menceburi bidang rekaan dan pengeluaran pakaian mandi atau renang bagi kalangan Muslimah.
Ini berikutan permintaan terhadap pakaian itu tinggi di seluruh dunia tinggi berbanding pengeluarannya yang terhad.
Justeru, katanya, MWKS perlu menggalakkan wanita di negeri menceburi dan merebut peluang berkenaan.
“Saya percaya MWKS yang diwakili 20 pemimpin wanita mewakili pelbagai pertubuhan wanita di negeri ini dapat mencari kaedah sesuai bagi menggalakkan lebih ramai usahawan wanita yang terbabit dalam pengeluaran pakaian, mengeluar pakaian mandi wanita Islam.
“Pada masa sama MWKS perlu terus membimbing semua peringkat wanita di negeri ini termasuk mereka yang di luar bandar dan pedalaman,” katanya ketika berucapa pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi dan Ahli MWKS di Dewan Undangan Negeri Sarawak, di sini, semalam.
Hadir sama, isterinya Puan Sri Ragad Kurdi Taib dan Menteri di Pejabat Ketua Menteri yang juga Pengerusi MWKS, Datin Fatimah Abdullah.
