Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 27 Mac 2011

Serah Salinan Video Seks Kepada Karpal

IMBAS: Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah (kiri) bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik mengadakan sidang akhbar mendedahkan identiti 'Datuk T' berhubung video seks membabitkan pemimpin pembangkang di Impiana Hotel KLCC, Kuala Lumpur, petang tadi. Rahim mengakui beliau bersama Shazryl Eskay dan Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim adalah 'Datuk T' yang membawa maksud 'trio' bagi merujuk mereka bertiga.


KUALA LUMPUR,(Bernama) -- Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, perlu menyerahkan salinan video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada kepimpinan pembangkang yang lain termasuk Presiden DAP Karpal Singh.

Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata Karpal Singh dan sekutunya perlu menonton video berkenaan bagi mendapatkan testimoni yang konsisten berhubung perlakuan sumbang pihak yang terlibat dalam rakaman tersebut.

"Kita juga mahu tahu apakah tindakan susulan Karpal (Singh) dan sekutunya selepas menonton video tersebut...adakah dia sebagai peguam Anwar akan tetap mempertahankan Anwar atau sebaliknya jika terbukti Anwar terlibat.

"Dari situ kita boleh menilai tahap moral pemimpin-pemimpin pembangkang ini yang sebelum ini lantang mengkritik perlakuan sumbang pihak lain yang kononnya terlibat dalam perlakuan tidak bermoral," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, kepimpinan pembangkang juga perlu menerima keputusan jika Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat ketulenan pita rakaman seksual tersebut.

Beliau berkata ia perlu bagi mencari keadilan, khususnya kepada rakyat dan penyokong mereka, yang ingin tahu sama ada pemimpin yang mereka sokong selama ini terlibat atau tidak dalam perlakuan tidak bermoral tersebut.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular