Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 17 Julai 2011

Guru kumpul motosikal klasik sebagai hobi

Foto hiasan.






KOTA BAHARU - Seorang guru di sini menjadikan minat mengumpul beberapa buah motosikal klasik sebagai hobi sehingga sanggup menghabiskan hampir RM50,000 bagi tujuan itu.

Shaidi Mohammad, 49, bagaimanapun hanya memilih motosikal jenis Honda yang baginya motosikal jenis itu mempunyai tarikan istimewa serta tahan lasak.

Guru Penolong Kanan (Pentadbiran) Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail itu kini memiliki 10 jenis motosikal Honda yang diklasifikasi sebagai klasik dan diminati ramai.

"Kesemua motosikal itu saya beli sejak berusia 20an lagi dan kini saya memiliki sepuluh motosikal Honda buatan tahun 60an dan 70an termasuk dua yang sedang diperbaiki.

"Saya sudah membelanjakan hampir RM50,000 bagi mendapatkan kesemua motosikal yang sememangnya menjadi idaman saya dan mempunyai nilai yang sangat istimewa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jaya di sini, hari ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular