Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 17 Julai 2011

Pasangan Sarah juara Mari Menari 2

PASANGAN Sarah iaitu Sarah Diana dan Shazrul Hudson bersama trofi kemenangan di Kuala Lumpur semalam.




KUALA LUMPUR - Setelah lima minggu berhempas pulas, pasangan Sarah dari kumpulan Ray akhirnya dinobatkan sebagai juara Mari Menari 2 di sini malam tadi.

Pasangan juara berasal dari Sabah dianggotai Shazrul Hudson Ashley Durai, 18, dan Sarah Diana Michele Durai, 32, itu menyingkirkan pasangan Nita iaitu Umar Ali Jening, 20, dan Norny Yusnita Jening, 22.

Dalam saingan itu, kedua-dua pasangan memikul tugasan mempersembahkan tiga tarian menerusi tema Bollywood, Latin dan Fusion Dance.

Bagaimanapun, kemenangan akhirnya berpihak kepada pasangan Sarah berdasarkan undian sebanyak 56 peratus berbanding pasangan Nita yang memperoleh 44 peratus undian.

"Kemenangan yang diraih ini cukup bermakna buat kami walaupun berdepan cabaran sengit kerana pasangan Nita juga tampil dengan persembahan yang mantap," ujar Shazrul.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular