Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 18 Ogos 2011

3 beranak maut selepas membeli baju raya



KEMAMAN – Sepasang suami isteri dan anak tunggal mereka terbunuh dalam satu kemalangan malam tadi di Km 127 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di persimpangan Resort Awana Kijal di sini selepas membeli baju raya di Kuantan.

Mereka yang terbunuh dikenali Nik Herna Mokhtar, 28; suaminya Mohd Aswari Ariffin, 36; dan anak tunggal mereka, Muhammad Airell Zulfairy, 4 tahun.

Adik Nik Herna, Nik Nor Syafiqah, 10, dan pemandu sebuah lagi kereta, Ahmad Tajuddin Mohd Ariffin, 30-an, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Abdullah Sani Salat berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Viva yang dipandu oleh Mohd Aswari terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta yang dipandu oleh Ahmad Tajuddin.

"Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kuantan ke rumah mereka di Kampung Gong Cengal, Kemasik.

“Kereta mereka terbabas dan melanggar tiang elektrik sebelum berpusing dan bertembung dengan sebuah kereta lain,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular