Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 23 Ogos 2011

Lebih 1 juta jawatan kosong untuk diisi rakyat Malaysia - KDN



PUTRAJAYA - Sebanyak 1,051,427 keperluan tenaga kerja telah disenaraikan oleh lapan kementerian dan agensi berkaitan untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebelum bakinya diisi pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim berkata, daripada statistik itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyenaraikan jumlah keperluan paling tinggi iaitu 275,723 kekosongan diikuti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (237,700) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (220,000).

Selain itu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (165,000); Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (140,000); Kementerian Dalam Negeri (10,000); Kementerian Pelancongan (2,041) dan Kementerian Pengangkutan (963).

"Statistik itu diperoleh hasil maklum balas semua kementerian dan agensi berkaitan kepada KDN dalam Mesyuarat Taklimat Proses Pemutihan Program 6P yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular