Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 21 Ogos 2011

Novelis Azizi Abdullah meninggal dunia

Azizi Abdullah





GEORGE TOWN - Novelis terkenal, Azizi Abdullah meninggal dunia pagi ini setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang sejak 11 Ogos lepas.

Penolong Editor Utusan Pengguna, Mohd Ridzuan Mohamad ketika dihubungi berkata, Azizi, 69, meninggal dunia pukul 7.50 pagi di hospital itu.

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan pada Mac tahun ini dan menjalani pembedahan jantung April.

Namun, keadaan allahyarham tidak stabil akibat komplikasi serangan kuman, kencing manis dan masalah buah pinggang.

Azizi, bekas guru Pendidikan Islam, terkenal dengan novel “Seorang Tua di Kaki Gunung” ketika naskah itu dijadikan teks wajib sastera Tingkatan Lima kira-kira 20 tahun lepas.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular