Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 10 Ogos 2011

Penduduk bantah jual arak terbuka


SEREMBAN - Seramai 276 penduduk Islam di Taman Matahari Heights di Senawang dekat sini, kesal dengan kegiatan menjual arak yang didakwa berlaku di premis perniagaan berhampiran kawasan perumahan berkenaan.

Imam 1 Surau Taman Matahari Heights, Mohd Nazri Esa berkata, kegiatan itu tidak sepatutnya berlaku di kawasan perumahan yang didiami kira-kira 95 peratus masyarakat Melayu.

“Kami memang sangat kecewa dengan kegiatan menjual minuman keras secara terang-terangan di salah sebuah kedai di sini.

“Ia dikhuatiri mempengaruhi orang Melayu yang beragama Islam, lebih-lebih lagi golongan remaja untuk berjinak-jinak dengan arak,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, ada penduduk mendakwa mereka pernah melihat remaja Melayu membeli arak di premis perniagaan terbabit.

Selain itu katanya, dua kafe siber yang beroperasi berhampiran Taman Matahari Heights dipercayai menjalankan kegiatan perjudian Internet.

“Saya difahamkan dua premis berkenaan pernah beberapa kali diserbu pihak berkuasa namun pengusahanya tetap meneruskan operasi tanpa rasa bersalah.

“Penduduk di sini bimbang anak mereka akan terpengaruh dengan gejala judi Internet sekiranya kegiatan ini tidak dibendung,” katanya.

Susulan dua isu itu, beliau berkata, seramai 276 penduduk Taman Matahari Heights menandatangani memo bantahan yang akan diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular