Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 9 Ogos 2011

Suami Isteri Bergaduh, Baling anak ke dinding

Gara-gara ayah dan ibu bergaduh, anak yang jadi mangsa-foto hiasan.





KAJANG - Seorang kanak-kanak berusia dua tahun kini terlantar di hospital selepas kaki kirinya patah dipercayai angkara ibu sendiri yang menghumbannya ke dinding semata-mata untuk melepaskan kemarahan selepas bergaduh dengan suami yang juga bapa kandung mangsa.

Selain patah kaki, kanak-kanak lelaki itu turut mengalami lebam serta bengkak pada beberapa anggota badan dan lebih menyedihkan, dia hanya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas seminggu menderita kesakitan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian berlaku pada hari pertama umat Islam berpuasa 1 Ogos lalu di sebuah rumah di Taman Orkid di sini.

“Ibu terbabit yang berusia 23 tahun dipercayai menghumban anak lelakinya berusia dua tahun ke dinding rumah bagi melepaskan kemarahan selepas berselisih faham dengan suaminya.

“Selepas seminggu berlalu dan mendapati anaknya sering menangis, ibu terbabit membawa anaknya ke Hospital Kajang (HK) dan doktor mendapati mangsa patah kaki kiri serta lebam di beberapa anggota badan,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular