Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 18 Ogos 2011

'Ustaz Muhamad' diberkas selepas bersembunyi lebih tujuh tahun



SINGAPURA - SETELAH melarikan diri daripada undang-undang selama lebih tujuh tahun kerana didapati bersalah atas tuduhan berkaitan ganja, seorang lelaki akhirnya dapat dikesan dan ditangkap.

Muhamad Mohamad Ishak, 44 tahun, dipercayai ditangkap di Kuala Lumpur (KL) beberapa hari lalu dan dibawa pulang ke Singapura bagi menghadapi tindakan undang-undang.

Penangkapannya ini mengakhiri episod buruan pihak berkuasa ke atasnya sejak Mei 2004.

Dia yang lebih dikenali sebagai 'Ustaz Muhamad' di kalangan asatizah dan masyarakat Melayu/Islam di sini, dipercayai melarikan diri menerusi jalan laut dan buat seketika berada di Jakarta, Indonesia, sebelum 'berhijrah' ke KL.

Difahamkan, ahli perniagaan dalam bidang logistik dan penghantaran barangan udara itu terus menjalankan perniagaannya sepanjang dalam persembunyian.

Kemampuannya berulang-alik Jakarta-KL dipercayai kerana mempunyai pasport asing.

Muhamad melarikan diri pada hari dia seharusnya dikenakan hukuman - di akhir perbicaraan yang berlangsung selama dua minggu - setelah mahkamah mendapatinya bersalah atas dua tuduhan, bersubahat mengimport dan menghisap ganja bersama seorang rakannya, Hamli Mohd Salleh.

Kesalahan bersubahat mengimport ganja membawa hukuman penjara antara lima hingga 30 tahun dan sebatan lima kali, sementara kesalahan menghisap ganja membawa hukuman denda $20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Muhamad, yang beristeri dua dan mempunyai lima anak, dipercayai melarikan diri bagi mengelak daripada meringkuk di penjara sehingga 30 tahun dan disebat lima kali kerana kesalahannya itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular