Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 18 Mac 2010

Obama tangguh lagi lawatan rasmi ke Indonesia, Australia



19/03/2010 3:27am

WASHINGTON 18 Mac - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama hari ini menangguhkan lawatannya ke Indonesia dan Australia sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak, ketika beliau cuba menumpukan usaha pembaharuan sistem penjagaan kesihatan melalui Kongres.

Jurucakap White House, Robert Gibbs berkata, Obama akan mengunjungi Indonesia pada Jun ini, namun tidak menyatakan sama ada presiden itu turut akan ke Australia.

Menurut Gibbs, Obama telah menghubungi Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan kemudian akan menghubungi Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd bagi memaklumkan penangguhan lawatan sehingga tarikh lain ditentukan.

Jurucakap presiden itu berkata, ia kini jelas bahawa Dewan Rakyat memilih untuk membincangkan sistem penjagaan kesihatan, paling awal pada tengah hari Ahad ini.

Obama sebelum ini telah pun menangguhkan lawatannya selama tiga hari sehingga pagi Ahad lalu dalam usaha memberi keutamaan dalam negaranya menerusi Kongres. - AFP

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular